Tuesday 9 March 2010

Larangan Makan Rebung Buluh dan Ikan Kekacang

Mungkin kerabat diraja jembal pernah mendengar larangan memakan ikan kekacang dan rebung buluh. Banyak cerita dan kisah didengari mengenai larangan ini namun yang manakah benar akan kepantang yang telah dilarang kepada anak cucu cicitnya.

Kisah Pertama

Kerajaan Jembal ini bermula dari seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja bersiong yang telah singgah di Kota Jembal. Raja bersiong ini dikatakan telah membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian.

Adanya kisah yang mengatakan bahawa Raja Sakti berasal dari buluh betung manakala Puteri Mani Kemian. Terdapat juga menyatakan Raja bersiong telah mewasiatkan anak cucunya supaya tidak memakan rebung buluh betong dan tidak membenarkan membuat apa-apa alatan dari buluh betung.Selain itu juga mereka tidak dibenarkan memakan ikan kekacang. Turut juga keturunan Long Ghaffar dan Long Yunus.

Kisah Kedua

Syed Hussien Jamadil Kubra yang berlayar menaiki bahtera  menuju ke nusantara untuk menyebar syiar islam. Sewaktu dalam perjalanan itu berlaku satu kejadian yang tidak di inginkan,kapal yang di naik oleh Syed Hussien Jamadil Kubra pecah disebab gelora laut dan jatuh ke laut.Lalu Syed Hussein Jamadil Kubra memohon doa pertolongan dari ALLAH. Doanya dimakbulkan ALLAH telah menghantar sekumpulan ikan iaitu ikan kekacang dan dibawakan ke pesisiran pantai.

Selepas kejadian itu Syed Hussien Jamadil Kubra kepenatan dan letih. Beliau berasa lapar lalu melihat ada rebung buluh di sekitar kawasan itu. Selepas itu Syed Hussien Jamadil Kubra telah bersumpah keatas anak cucu cicitnya supaya tidak dibenarkan memakan ikan kekacang dan rebun buluh sebab telah menyelamatkan nyawanya.

20 comments:

  1. salam, saya seorang pelajar hendak mengetahui tentang puteri buluh betung yang berkait dengan keturunan di sebelah kuala lipis pahang...
    terima kasaih

    ReplyDelete
  2. ayah saya ada menceritakan tentang sejarah ni. Katanya, makan ikan kacang boleh menyebabkan "kulit pecah belah"

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..rebung memang x boleh makan..

      Delete
    2. Dhuen8.@gmail.com

      Keluarga saya pun tak bole makan ikan kekacang.. Adik beradik pernah termakan ikan kekacang hbs kena gatal dan kulit pecah.. Parut sampai ke harini...

      Delete
  3. datuk saya pernah menceritakan semua ini.dikatakan sampai bila-bila pun tidak boleh makan ikan kekacang.adakah ini bermakna kami keturunan raja jambal????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 saya pun amat2 dipesan agar jgn sesekali bg makan ikan kacang ni...Tak tahu knp..tapi ikut belah ayah.mereka yg ada asal usul dari kelantan n terengganu

      Delete
    2. Anak2 saya pun amat2 dipesan agar jgn sesekali bg makan ikan kacang ni...Tak tahu knp..tapi ikut belah ayah.mereka yg ada asal usul dari kelantan n terengganu

      Delete
  4. Sya skrg sdg mengalami simptom gatal kulit, berkudis dan kulit bertukar warna spt lepas bekam. Akibat kedegilan dan langgar pantang org tua.....termakan ikan kkacang tanpa sengaja, minum air tebu betong dan makan nangka. Dah pelbagai ubat hospital dimakan namun setakat ni masih belum baik. Setakat ni, Dr xdpt beri asbab sebenar....skrg cuma diberi ubat alergic aje. Kata org nk kena cari dlm susur galur kerabat/ahli keluarga yg boleh merawatnya....spt buang tulah/sumpahan itu. Tapi dimana nk mencarinya. Nk mengembara ke mana. Cuma skrg ini berdoa dan memohon pd Allah diatas kecelaruan ini dan juga kelemahan diri. Kalau sesiapa yg ada info boleh email/info sya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa yg terkena sumpahan secara sengaja atau x sengaja,jika trmkn ikan kekacang,ambik tulang ikan kekacang trsebut,bakar tulang trsbut smpi jd abu..sapu abu2 trsbut ke setiap kwsn bdn yg trkena..insyaAllah dgn kuasa Allah yg akn menyembuhkn..

      Delete
    2. saya pun keturunan drp dinasti raja jembal.pernah sepupu ayah saya termakan ikan kekacang,kulit jadi pecah2,darah keluar ikut kulit2.dia meninggal sbb xsempat nk berubat.dlu pengasuh istana nm tok nikmat sj yg tau ubatkn,tp dia sudah meninggal masa saya umur 22 xsilap.skrg umur sy 32 thn.ada 7 pantang larang yg xboleh kami makan,salah satu adalah ikan kekcang,kedua rebung buluh,haruan tasik,ikan pari lang,sejanis bayam,tp xpasti bayam padang atau bayam pasir.lg dua saya sudah lupa.kalau anda btl2 keturunan spt kami,anda akn tau 7 pntang larang ni.alkisah,moyang kami belayar,sedang belayar perahu yg dinaiki telah bocor,tiba2 ikan kekacang pelosokkn bdnnya ke lubang perahu,sehingga perahu tersebut smp ke pesisir.sejak dr itu lh moyang kami bersumpah smp bila2 keturunannya tidak blh memakan ikan kekacang.

      Delete
  5. Salam .. Mak sy ada pesan hanya 4 yang kami x boleh mkn ikan kekacang , bayam berduri, rebung buluh betung

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum saya dari keturunan cik wok (raja jembal)sebelah nenek dan keturun al yahya di sebelah datuk. antara makanan dari keturunan di larang adalah ikan kekacang, rebun buluh betong, burung belatuk, kerbau balau dan ada 3 benda lg sy dah lupa,

      Delete
  6. assalamualaikum.hari ini mak saya baharu bagutau bahawa keturunan kami tidak boleh makan buluh betong.masalahnya sekarang adik saya sudah terkena penyakit kulit yg teruk.doktor hanya kata alegik.bagaimana nak ubat kalau betul dah langgar pantang

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.hari ini mak saya baharu bagutau bahawa keturunan kami tidak boleh makan buluh betong.masalahnya sekarang adik saya sudah terkena penyakit kulit yg teruk.doktor hanya kata alegik.bagaimana nak ubat kalau betul dah langgar pantang

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum.hari ini mak saya baharu bagutau bahawa keturunan kami tidak boleh makan buluh betong.masalahnya sekarang adik saya sudah terkena penyakit kulit yg teruk.doktor hanya kata alegik.bagaimana nak ubat kalau betul dah langgar pantang

    ReplyDelete
  9. Sy pnah kne..kjdian bru 2 hri lpas..tmakan ikan kacang..mjur ckit..tp gtal Nye mcm kne ulat bulu n kulit jd merah...sy dri ktrunan che blah mak..

    ReplyDelete
  10. Atok sya juga pernah berpesan jika dalam darurat sekalipon walau yg ada makanan hanya rebung dan kekacang saja yg tinggal jngan dibiarkan kna jika tidak kita akan mati kebuluran maksudnya makan sahaja

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum saudaraku semua. Kembali hidupkan Syariat dan Tariqat. Jika tiada pengetahuan, carilah guru mursyid. Tingkatkan amalan. Solat lima waktu. Wirid dan Zikir lepas solat. Sedekahkan Al-Fatihah kepada guru-guru, ibu dan ayah kito, tok nenek moyang kito. Mudah-mudahan dengan berkat kita upgrade praktis dan ilmu agama ini moga Allah angkat kesakitan akibat terlanggar pantang walau tidak sengaja. Moga kito semua bangkit dari amnesia.

    ReplyDelete
  12. Doh maksudnya ramai2 keturunan ni pakat ado pantang larang samo tu bersaudara ko guana? Meh2 abih seluruh kelate xleh make ike kace nga buluh betung..jadinyo gak...rebung buluh betung di kelate ni behe ko sapo..doh seluruh rakyat kelate x make...aiiii aii

    ReplyDelete