Tuesday, 9 March 2010

Wan dan Nik (Kelantan)

Kerajaan Melaka menakluk negeri Kelantan pada tahun 1499 dan berkahwin dengan salah seorang Puteri Sultan Kelantan, yakni ibu kepada Sultan Muzaffar Shah (Perak) dan Sultan Alauddin Shah (Sultan Johor Lama).

Sebelum ditakluk Melaka, Negeri Kelantan pada masa itu digelar Majapahit II. Semasa zaman Kerajaan Majapahit, Kelantan menjadi sebahagian dari kuasa Majapahit dan menjadi pusat penyebaran budaya Jawa di sebalah utara. Pusat pentadbiran Majapahit pula di selatan iaitu di Pulau Jawa sendiri. Semasa Melaka serang Kelantan kali pertama, Melaka mengalami kekalahan oleh kerana barisan parajurit Kelantan dibantu oleh barisan parajurit Majapahit yang dipimpin oleh Pateh Gajah Mada. Selepas pemergian Pateh Gajah Mada kuasa Majapahit diambang kejatuhan dan masa inilah kesempatan diambil oleh Melaka untuk menakluk Kelantan.

Apa yang menarik ialah Majapahit itu sendiri di asaskan oleh raja yang berdarah keturunan Kelantan. Pateh Gajah Mada sendiri adalah anak dari Puteri Linang Cahaya anak perempuan Raja Kelantan. Ayah Pateh Gajah Mada pula ialah Syeikh Hussein Jamaluddin Al-Kubra. Syeikh Jamaludin Al-Kubra ini banyak melahirkan keturunan yang menjadi pemimpin dan Ulamak yang berpusat di Patani-Kelantan seterusnya tersebar Islam ke seluruh Kepulauan Melayu dan Jawa.

Pada masa itu Patani-Kelantan dikenali sebagai Kerajaan Cermin kerana banyak ulamak berada di situ sehinggakan belajar agama Islam di Kota Mekah mesti sambung belajar di Patani-Kelantan. Patani-Kelantan diberi nama jolokan Kerajaan Cermin Mekah. Sebab itulah sehingga sekarang Kelantan digelar "Kelantan Negeri di bawah Serambi Mekah" dan kerajaan Islam PAS masih kukuh berkuasa.

Orang Kelantan sejak lebih 600 tahun telah memilih Islam sebagai kehidupan mereka.Wali Songo di Jawa seperti Sunan Ampel dan Sunan Gunung Jati adalah dari nasab Syeikh Jamaludin Al-Kubra. Kalau di Patani-Kelantan Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani, Syeikh Wan Muhd. Zain Al- Fathani, Syeikh Daud Al-Fathani dan byk lagi semuanya adalah dari keturunan Syeikh Jamaludin Al-Kubra.

Penggunaan 'Nik' dan 'Wan' dipangkal nama juga menandakan dari nasab Syeikh Jamaludin Al-Kubra dan keturunannya banyak menjadi pembesar di Kelantan-Utara (Jembal). Itulah sebabnya Wan dikatakan ada hubungkait dengan kerabat diRaja Jembal.

No comments:

Post a Comment