Sunday, 14 March 2010

Hijrah keturunan Syed Hussein Jamadil Kubra.

Semua orang keturunan Syed di Nusantara adalah dari keturunan Syed Hussein Jamadil Kubra. Sebelum kedatangan beliau kepulauan Melayu masih lagi menganut agama Hindu terutama di Jawa. Di Tanah Melayu juga sama. Dalam catatan Ibnu Batutta apabila beliau mengadap Che Siti Wang Kembang, raja yang memerintah di Kuala Krai, Kelantan (dicatat dalam catatannya sebagai Kilu Krai), pada tahun 1345 beliau menyebut raja perempuan itu bernama Urduga atau panggilan hariannya Che Siti Wan Kembang. Ibnu mencatatkan bahawa raja perempuan itu pandai menunggang kuda dan memanah, pandai menulis dalam tulisan Arab tetapi rakyatnya menyembah berhala. Syed Hussen Jamadil Kubra bersama satu anak dan lima adiknyalah kumpulan pertama pendakwah yang sampai ke Kepulauan Melayu dari Malabar, India. Ayah Syed Hussein berketurunan Arab ialah gebenor di Malabar.

Syed Hussein ialah dari keturunan Syed dari Hadmaut dari titihan Syed Alawi. Keturunan Syed Alawi ialah kumpulan pertama dari keturunan Syed yang berhijran dari tanah Arab menuju ke utara Afrika dan India. Mereka dikatakan penghijrahan keturunan Syed dari gelombang pertama*. Keturunan Syed dari titihan Syed Hussein Jamadil Kubra di Kemboja dan Tanah Melayu akhirnya membuang gelaran Syed tetapi menggantikan dengan pradikat lain iaitu Tengku, Engku, Nik, Wan, Tuan, Che dan sebagainya. Jadi saudara sememangnya dari keturunan Syed hussein Jamadil Kubra. Mengguna pradikat Syed pada masa itu menggambar seseorang itu adalah pendakwah Islam. Ini bererti mereka yang memakai nama Syed akan menghadapi ancaman dari orang Thai yang beragama Buddha yang memang sangat berkuasa. Oleh itu mereka bersembunyi di sebalik pradikat yang sudah diganti itu.

Penghijrahan keturunan Syed dari gelombang kedua pada abad ke-18 apabila golongan Wahabi sedang berkuasa di Tanah Arab. Wahabi yang bersekongkol dengan Gebenor Saud untuk merdekakan Tanah Hijaz dari kerajaan turki Othmaniah berazam akan membunuh mereka yang berketurunan Syed sebab keturunan Syed berfahaman Sunnah.

Keturunan ini di Nusantara masih lagi mengekalkan pradikat Syed pada nama mereka dan malah masih berbangga dengan kabilah mereka seperti, Jamalullail, Alsagof, Barkbah dan lain-lain. Mereka penghijrah bukan pendakwah. Mereka penghijrah pelarian politik. Maaf jika tersilap ini adalah beberapa sumber.

No comments:

Post a Comment