Monday, 15 March 2010

Pertubuhan Raja Jembal Mahu Kesan Anggota Kerabat

Pertubuhan Raja Jembal Mahu Kesan Anggota Kerabat

KOTA BAHARU, 5 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) sedang menjejaki anggota kerabatnya di seluruh negara khususnya yang telah berhijrah akibat peristwa angin kencang pada 1880.

Setiausaha Agungnya, Tengku Mohamad Norhamzah Engku Husin langkah itu bertujuan untuk merapatkan silaturrahim kekeluargaan.


"Selain untuk membela nasib anggota keluarga, langkah PKRJK itu juga bagi mengadakan pelbagai aktiviti berfaedah untuk kebajikan mereka," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Tengku Mohamad Noorhamzah berkata sebelum ini berpuluh anggota keluarga terbabit dikesan tinggal di Padang Petani, Gurun dan Langgar, Kedah.

"Selain itu, ada di antara mereka yang tinggal di sekitar Kampung Kota Putra, di Besut, Terengganu yang dikenali sebagai Kampung Raja yang menjadi Pusat Pentadbiran Daerah Besut," katanya.

Beliau menjelaskan kebanyakan keturunan Raja Jembal berasal dari Daerah Sering di sini dengan menggunakan pangkal nama "Tengku, Nik dan Che".

PKRJK didaftarkan pada 1992 dan penaungnya ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul aziz Nik Mat.

-- BERNAMA

13 comments:

  1. Assalamualaikum,
    maaf boleh saya bertanya..

    1. siapa lagi anak2 long senik mulut merah (sultan muhammad II) selain long sulong (sultan ahmad)? isterinya cuma puteri gunong?

    2. Long Muhammad (sultan muhammad I - marhum mandul) memang tiada anak kandung?

    3. adalah tokoh ulamak awang kecil ada kaitan dengan long senik mulut merah, long sulong ataupun long muhammad?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya kalau keturunan raja jembal yang dah tak menggunakan panggilan tengku,nik,wan dan sebagainya macamana PKRJK nak kenal pasti. Yang individu itu dari keturunan raja jembal

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kluarga sy pun kturunan raja jembal dan mnetap di kota bharu tidak mggunakan pngilan nik wan dan tengku...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Saya pun keturunan Raja Jembal tetapi tidak menggunakan pangkal nama Nik atau Wan dan berasal dari Kuala Krai. Ibu saya bernama NIk Som, nenek sebelah ibu bernama Ku Minah manakala moyang saya iaitu ibu kepada Ku Minah bernama Che Ku Teh.

    ReplyDelete
  7. bapa saya keturunan che daud bin che wook,berasal kg kalai jeli.. tp nama sy xda che di hadapan masa buat nama dulu atok belah mak y letakkan sebab bapa sy masuk hutan... sy x tau sgt sejarah cuma bapa sy pesan x boleh makan rebun n kerbau balai.. baru2 ni adik bongsu sy sentiasa pengsan di sekolah. lepas die bangun die cerita ada 2 org spt puteri duduk di kiri kanannya.. lepas tu mtak di pgl che lin.. bukan adik atau ezlin lg..

    ReplyDelete
  8. ibu sya keturunan che.. tp nama dy xde che.. saya pon xtau knp..
    tp adik beradik dy adik che.. arwah atok pernah peasan pd ibu utk jaga antg seperti jgn mkn rebung atau peralatan dri buluh betung, jgan dkat nga ikan kacang dan bayam berduri..
    msa sya drjah 6..sya ikut mak pergi umah kwn dy kat negeri sembilan.. dah slh satu hidgan sana gulai rebung... sya dgn tidak tau ap2 trus cedok mkn.. blik dri rumah tu badan sya start gatal2.. tp mak buntu sbb arwah atok dh xde..
    mak pernah ckp ad satu atok yg nama syed kuning kat kemubu bleh ubatkn sya atas pesana arwah atok sblom dy meninngal.. syed kuning dikatakn beraada di gua di kemubu.. ataupon Arwah Tuan Guru pon bleh ubat kn sya dgn mndi kan air ( sya xingat)..
    percaya atau tidak..sekrang sya dh umo 19..tp xberubat lg dan msih skit2 gatal2 n naik ruam..hamper tujuh taun.. tiada penawar.. sama ad berjumpa atau syed kuning atau pon Arwah Tuan Guru pon mak tidak sempat..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, boleh saya mengetahui selanjutnya tentang keturunan RAJA JEMBAL asbb nenek saya pernah memberitahu saya bahawa atuk saya mempunyai tengku dan tidak menggunakannya lagi. Saya juga dilarang daripada memakan rebung dan pisang raja udang. Pernah sekali saya termakan ketika kecil dan kesannya saya dapat kudis buta di seluruh badan tetapi alhamdulillah saya dapat berubat dengan moyang. Setahu saya hanya lelaki sahaja yang mewarisi darah keturunan diraja dan bapa saya juga begitu. Jadi benarkah saya berketurunan diraja Jembal atau bukan?

    ReplyDelete
  11. Salam...boleh saya tahu salasilah Raja Jembal yg kat Johor,Kelantan,Setiu(Terengganu),Kuala Terengganu....

    ReplyDelete
  12. Saya seringkali makan keropok lekor pasti kena penyakit gatal...kini penyakit tu masih belum sembuh...penemuan terakhir arwah mak sedara yg kat machang ada bagi tahu ada berdarah (NIK) kaluarga kami tidak memakainya...klue terakhir kena cari keluarga kat Kota Kubang Labu,Kelantan.

    ReplyDelete
  13. Ibu saya byk kali jgk cakap yg datuk saya datang dari keturunan jembal. Dia menetap di beris kubur besar, besut sblm pindah ke kg guntung, setiu

    ReplyDelete