Friday 5 March 2010

KISAH: Nik, Wan, Tengku, Ku, Engku, Che – Maghi Ambo Bakit Asal

Tajuk: Nik, Wan, Tengku, Ku, Engku, Che Sila Beri Perhatian Pada Asal Keturunan Kamu!!!

Oleh: Mohammad Omar , S.Th.I

Untuk saudara ambo dari bangsawan Kelantan-Patani dan Terengganu khasnya sila beri perhatian pada asal keturunan kamu, termasuk dalam titih bako wan, nik, che, tengku , engku dan raja, khasnya yang ada titih Patani-Kelate termasuk juga wan-wan di Terenganu yang bertitih asal dari Patani.

Untuk perhatian kamu hok banso wan semua, saranan ambo bukanlah untuk bersohor kita berdarah banso wan, jauh sekali nak bermegah takabur, tidak sekali-kali!!, ambo tulis ini cuma nak bagi ingatan pada kita semua yang berbanso wan, ingatan anok beranok oghe kato, ambo bui so dua contoh pengalaman saya:

1- Satu kali seorang jumpa saya seoghe pakcik, dia sakit, mimpi beruk kekah dio, pah jadi lembik, dah bertahun dia tak boleh kerja, mula-mula ambo bagitau ambo ni tak tau nok buat lagumana sebab dia suruh ambo bomo dia, sedangkan ambo ni bukenyo tok bomo, bila dia bersungguh, oklah ambo kato, sebab harapan dia pada ambo tlg dio,ambo akan ikhtiar, pertama ambo tanya sejarah hidup dia, ayah tok, nenek dia ada tak amal ilmu apo-apo ada tak belajar apo-apo, maklumla ke oghe kelate jame dulu ni ada pera halo ko, atu raya ko, dia kato tak dok, ambo tanyo dia, ado ko dio belajar pengasih ko, kebal ko, dio kato, tak dok, ambo cek di tubuh dia dengan zikir dan selawat…ya tak ado apo apo yang tak kena, maksudnya tak ada atu atau jin yang dok tupe dio, ok, ambo tanya lagi, pakcik ada tak belajar ilmu molek, hok baik, ilmu putih?, mula-mula dia kato tak ada, lama -lama dia ngaku, tok guru dia dari Indonesia mati tengah sujud, masyaalah!!!, dia kato, tok guru dio ajar dio satu zikir “la ilaha illa llah Muhammadun Rasulullah Fi Kullilamhatin Wanafasin Adada Ma Wasiahul Ilmullah”, ambo kato tu Ilmu molek yang berasal dari ulama wali Qutub, ambo tanyo lagi pakcik loni dan sebelum ni ,yaitu selepas matinyo tok guru tu pakcik,amal lagi tak zikir tu?, dia kato tak, pakcik smaye dok?, dia kato tak…ambo kato; “hok nilah penyebab penyakit pakcik, pakcik belajar ilmu molek, ilmu tarikat, dah molek, tok guru pun mati molek, tapi pakcik lupa ilmu tu, pah tinggal smaye lagi patutlah pakcik kena balo, keno nyakit, tu ingatan ko pakcik bui pakcik sedar…dah mula hari ni kodho smaye hok tinggal tu, smaye balik, amal balik zikir tu insyaalah siya nyakit pakcik, lepas dua tiga bule dia jumpa ambo, dia kato terima kasih, ngakit dio hile dan dia kejo dah.

2- Saing ambo, seguru pulak nga Gemuloh Baba Mad, oghe kedai lalat, nama dia dia YM.Tengku Mohd Shah bin Engku Ismail, mari mitak tulong, katonya saing dio sakit tenat, dok gelepar di spital, dah ramai tok bomo(tok gomo agaknyo), doktok kato bilo cek takdok nyakit, tapi dio kato hati doa ,jantung dio mace oghe cucuk dan ramah, ambo kato insyaallah tapi ambo buke tok bomo, bilo ambo jumpa dia ambo tanyo sejarah dia, akhirnyo ambo tahu dia ni kena sihir, tak polah, Insyaallah, ambo akan ikhtiar, tapi demo kena beramal ilmu hok demo tinggal tu, tu ilmu molek hok ambil nga Ustaz Pa Jiasi, jange koho sakit koho tingal amal, apo lagi tingal smaye, tu sihir makin kuat (untuk pengetahuan dia pernah jumpa cicak di cucuk jarum di rumah nenek dia, pada pengetahuan ambo ilmu sihir cicak ni berasal dari suku Batak di Sumatera), antara metode perubatan yang ambo buat ialah, pesan zikir, ayat, selawat, hizib2, dan doa yang di salurkan melalui air yang di ambil dari 7 buah masjid lamo di Kelantan, Antaranya ialah, air kolah batu masjid Kg.Laut, dan insyaalah selepah beliau buat terapi yang ambo syorkan, di minum, buat nanak nasi, dan di mandikan dengan ilmu mandi orang sakit warisan keluarga ambo beliau sembuh, apa yang menarik ialah, semasa beliau menjalani terapi ambo, beliau telepon minta ambo gi kerumah beliau di Gunung Bachok, sebab nak tunjuk dua benda, bila ambo gi, ambo dapati air bekas mandian beliau yang beliau tadah dan simpan, ada sesuatu, satu bekas mandian dari kepala sampai pusat, keluar cacing halus yang berwarna hitam, dan bekas tadahan pusat ke bawah ada cacing halus kemerahan, manakala kata beliau, setiap kali beliau bangun tidur beliau menyapu tempat tidur , didapati habuk-habuk kristal halus, miang buluh,dan rambut yang amat pendek,beliau tunjukan pada ambo yang dihimpun beberapa hari, sudah sekerat gelas, ambo kato, oghe ni meme nok demo mati, wat santau ko demo, tapi insyaallah dengan keberkatan doa, munajat, zikir yang diwarisi zaman berzaman dari para wali, semua sihir, santau demo boleh kelih, walaupun hebatnyo tuan dio ata melalui angin, tapi tok keno demo, demo beramallah jange berenti, beramal pun niat lillah Taala.

3-Ambo tak pandai supo ore lain, tapi apo yang ambo buat dan alami ialah berasal dari petua tok guru, amale ambo dan ilmu yang belajar serta dengan izin Allah Taala. Pesan Ayah Mad Baba, “dekatkan diri pada Allah ,apa mu mitak akan jadi”, ambo pun penah kena santau, berak bedarah, tapi sehebat mano pun ilmu hite, agung lagi ilmu Allah, ayat Allah, selawat Nabi, doa, tawakkal.

4- Antara pengelaman ambo koh sakit, ambo bersilat maso tidur, ambo sediri tok sedar ambo bersilat, dale tidor tubik jurus rajawali, akhirnyo, bila tidur ambo mimpi ada dua oghe pakai pakaian putih berjubah, berserban, mari ajar bacalah ayat kursi 7 kali serta 3 qul, rupanya, bila dirujuk pada kitab Lumatul Aurat -Sheikh Wan Ali Kutan,amalan tu namanya Kota Rasulallah, namanya begitu ialah, sebab amalan Rasul setiap hari, ayat tulah ketua segala ayat Qur’an juga Ibu segala Hizib, alhamdulillah, ambo dah sembuh.

Ambo baco satu buku, ada satu petikan “kalau sekiranya nenek moyang kita OGHE YG MULIO ,ada amalan mulai, baik, sampai kita anak cucu ni kita tak tau asal usul, wat dosa, lupa diri, lupa agama, kita biasanya akan terkena bala kerana Allah nak sedarkan kita dan sayangkan kita.

Ambo rujuk satu Tok Guru di Tumpat, katanya benar kata-kata tu, sambil beliau baca satu ayat qur’an, katanya bala Allah bagi pada seseorang punya beberapa hikmat. antaranya nak sedarkan seseorang tu bahwa datuk nenek mereka dulunya asalnya orang mulia, ulama, sufi, alim, syed, kalau anak cucu lupa asal usul yang ambo maksud ialah amalan baik yang seperti keturunan mereka, nantilah bala dari Allah, dan bala itu tidak akan terhenti sehingga mereka sedar dan beraman amalam baik sebagaimana datuk datuk mereka.

ini kerana Allah memakbulkan doa datuk moyang mereka berdoa agar keturunan anak cucu mereka jadi orang yang soleh. Ingatlah wahai Nik-nik, Wan-wan, Che-che,Tengku-tengku,Raja-raja, jika benar asal usul kamu dari Syed Husien Jamadil Kubra, dan kamu sekarang bukan ahli amal apalagi ahli dakwah dan ilmu, dan kamu dalam lupa diri, lupa agama, SIAP demo !!!, tunggu bala’ dari Allah.

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    Tuan,ambe nak tanye..kenapa bila pokcik tu,dok amal ilmu yang diambil dari gurunya jadi sakit pulok? bukan ke,amalan2 kite ney,adalah kena ikhlas? bakpe,bile dier dok beramal jadi gitu? adakah,jin yang jadi gitu? adakah sebab lain? kalau gitu,kalau dok beramal jadi sakit,lepas beramal jadi dok sakit,dok jadi ibadat kerana allah taala doh tu,jadi sebab kite sakit pulok baru nok beramal..mohon tuan,jelaskan,sebab dok brape paham..

    ReplyDelete