Kepada mereka yang memakai gelaran seperti Tengku,Raja,Nik,Che,Ku,Tuan dan Wan.
Mungkin anda tertanya kenapa gelaran berbeza-beza walhal datang dari keluarga yang sama.
Disini saya ingin berkongsi sebar sedikit mengenai gelaran ini. Ini adalah cerita dari orang kelantan dan sumber yang saya dapati dari pelbagai sumber. Sila ambil perhatian!!!
Tengku adalah yang kita sedia maklum sinonim dengan keluarga diraja. Susur galur mereka tidak terputus. Kemungkinan besar mereka dari susur galur pemerintah kelantan sekarang. Ada juga gelaran Tengku datang dari raja pattani yang dilahirkan disana.
Raja pula adalah memamg nama yang dipakai oleh juraian raja jembal, tidak banyak yang ingin dipersoalkan.
Nik pula diberitahu bahawa berketurunan raja jembal. Namun ada juga yang mengatakan tidak benar. Gelaran Nik memang ada dipakai oleh kerabat raja jembal dahulu kemungkinan gelaran itu dipakai sampai sekarang. Gelaran Nik juga berlaku apa seorang perempuan itu bergelar raja berkahwin dengan orang biasa anak mereka diletakkan Nik untuk meneruskan warisan mereka. Nik juga terdapat melalui penerimaan anugerah yang seperti gelaran dato oleh pemerintah dahulu.Ada juga mengatakan seorang anak angkat raja yang berbangsa cina lalu diletak Nik. Oleh lihat dahulu juraian keluarga anda.
Che terdapat banyak pecahan.Gelaran Che dikatakan bahawa seorang perempuan bergelar Tengku atau Nik berkahwin dengan orang biasa anak mereka akan di letakkan Gelaran Che untuk mengekalkan keturunan mereka. Che juga berasal dari keturunan raja pattani hasil dari perkahwinan anak perempuan raja pattani yang memakai nama Syarifah atau Tengku berkahwin dengan orang biasa juga diletakkan Che. Che atau ejaan sebenarnya Cie pernah dipakai oleh kerajaan champa dahulu bermaksud sri atau raja. Di negeri lain gelaran Che juga dipakai tetapi bukan berasal dari kerabat raja,kecuali di kelantan dan terengganu.
Wan ianya berasal dari keturunan Syed. Apabila seorang perempuan bergelar Syarifah berkahwin dengan orang biasa akan diletakkan Wan. Namun ada juga Wan berketurunan raja. Kesultanan Kelantan dahulu juga ada dari kerabat raja memakai gelaran Wan.
Che Wan adalah dimaklumkan berasal dari kerabat raja pattani tetapi tiada kuasa untuk pemerintahan kecuali yang bergelar Che sahaja boleh memerintahnya. Boleh dikirakan keluarga jauh yang masih ada perhubungan tetapi kesahihan mengenai perkara ini tiada.
Ku atau Che Ku memang berasal dari keluarga diraja. Namun semua itu harus diteliti dahulu supaya tiada kesulitan.
Tuan juga gelaran yang dipakai kerabat raja jembal tetapi merupakan kerabat jauh yang masih lagi ada perhubungan atau boleh dikira mereka ini tidak ada kuasa untuk memerintah pada zaman dahulu.
Saya memohon maaf sekiranya fakta ini yang diterbitkan tidak tepat. Walauapapun kita harus melihat dahulu juraian keturunan kita. Jika memang benar tetap benar. Perhatian ada juga gelaran di pakai sedangkan mereka bukan berturunan yang bergelar.
Gelaran Tuan x der ker?
ReplyDeleteBang sye bkn nk mrh bang tp tlg la bang bace btul2 yg paling atas
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIzinkan saya memberi sedikit pendapat. Pandangan ini adalah dari realiti keluarga saya.
ReplyDeleteDalam keluarga saya, gelaran nama adalah bercampur-campur, Tuan Tengku & Raja. Sbg contoh, bonda berpangkal nama Tengku, ayahnda pula Tuan. Adik beradik juga begitu, bercampur-campur; ada Tuan & ada Tengku. Begitu juga ayah/ibu saudara, datuk/nenek saudara, sepupu sepapat & saudara yg jauh. Ada Tuan, ada Tengku & ada Raja. Dan, ada juga Nik kerana perkahwinan campur serta mengikut adat keturunan.
Walau apapun, kesungguhan saudara mengkaji susur galur keturunan amat dibanggakan. Teruskan usaha & mancari titik jawapan yg pasti. Saya doakan semoga berjaya
salam saya ingin menyentuh sedikit tentang gelaran bg keturunan raja jembal, pada hakikatnya keturun raja jembal hanya memakai bebrapa gelaran sahaja iaitu raja, tengku,tuan dan nik. Gelaran ini adalah gelaran yang biasa dipakai oleh keturun kerabat raja jembal.mengikut nenda sya gelaran tersebut diletakkan mengikut kesesuain nama dan kehendak mereka dan tidak berkaitan sangat perkahwinan, ini kerana pada zaman dahulu keturunan raja jembal dilarang berkahwin dengn orng kebykkan. sebgai contoh kelaurga sya mempunya semua gelaran tersebut dimana nenda sya terdahulu memakai gelaran tengku dan raja dan bertukar kepda nik dan tuan walaupn tiada perkahwinan campur dengan orng kebanyakkan..
ReplyDeleteKepada Jalak Lenteng minta maaf disini bahawa saya tidak ada menerima apa dari saudara. Moga dituliskan kembali perkara itu sekian.
ReplyDeleteKepada Tuan mohon maaf sekiranya salah mungkin peredaran masa juga telah mengubah corak dan adat sesuatu bangsa itu.
ReplyDeleteSaya mohon agar diperjelaskan jika YM arif mengenai perihal ini agar tidak ada kekeliruan.
Re-type comment:
ReplyDeleteIzinkan saya memberi sedikit pendapat. Pandangan ini adalah dari realiti keluarga saya.
Dalam keluarga saya, gelaran nama adalah bercampur-campur, Tuan Tengku & Raja. Sbg contoh, bonda berpangkal nama Tengku, ayahnda pula Tuan. Adik beradik juga begitu, bercampur-campur; ada Tuan & ada Tengku. Begitu juga ayah/ibu saudara, datuk/nenek saudara, sepupu sepapat & saudara yg jauh. Ada Tuan, ada Tengku & ada Raja. Dan, ada juga Nik kerana perkahwinan campur serta mengikut adat keturunan.
Walau apapun, kesungguhan saudara mengkaji susur galur keturunan amat dibanggakan. Teruskan usaha & mancari titik jawapan yg pasti. Saya doakan semoga berjaya
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebetul tu.. bapa sy,adik beradik,atok sy semua ada che melainkan adik beradik saya sahaja,disebabkan bapa sy ketika itu masuk hutan.. jadi sy ngan abg xda che,y lain semua ada che..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMemang Che keturunan raja,contohnya famili sy sebelah ibu 😅
ReplyDeletekita wajar mengetahui & menjaga keturunan supaya tidak hilang & pupus 🙅
ReplyDeletedlm byk2 gelaran yg ada, gelaran che paling menonjol diperingkat global..di bolivia contohnya ada che guevara
ReplyDeleteAssalamualaikum. Bolehkah jika saya ingin tahu bagaimana caranya untuk mengangkat martabat keluarga kerana menurut cerita daripada nenek saya di sebelah ibu saya . moyang saya berasal daripada keturunan syed bangsawan dan raja pattani.tetapi moyang saya berkahwin dengan orang kebanyakkan. Dan nenek saya dinamakan dengan pangkat Che. Malangnya disebabkan moyang saya keluar daripada istana, moyang saya telah berjanji supaya menyembunyikan keturunan keluarga sampai hari ini.Tetapi pada pendapat saya, adalah tidak elok menyembunyikan keturunan kerana mungkin ianya memberi impak kepada generasi seterusnya. Sekiranya pihak tuan tahu kepada siapa saya boleh merujuk, saya amat berbesar hati sekiranya saya dapat diberi maklumat.Terimakasih
ReplyDeleteNenek sebelah ibu ada bergelar Tengku
ReplyDeleteNenek sebelah bapa bergelar Wan
Saya bergelar Che
Isteri saya bergelar Raja
Anak2 saya bergelar Nik
nenek sebelah bapa sy ada gelaran che berasal dari machang kelantan... nenek sy berkahwin dgn atok sy asal dari kedah org kebanyakan bapa sy dan adik beradik dia tiada apa2 gelaran... sy pun tak tau kesahihan keluarga sy sebelah nenek ada kerabat atau tidak.. apa yg sy tau nenek dan atok sy dihalau dari machang kerana atok sy tidak setaraf dgn keluarga nenek sy. atok membawa nenek ke kedah dan nenek meninggal disana.. bagaimana sy nak tau tentang susur galur keluarga sebelah nenek sy boleh bg pendapat?
ReplyDeleteJadi che guevara adalah keturunan raja dan telah behijrah ke luar negara...
ReplyDeleteChe... Che..
ReplyDeleteDi kLaTte, gelaran Che juga rujuk kpd kaum mendatang dari barat laut India dari puak Pashtun / Pathan. Mereka ini ramai di Machang, Pasir Mas dan Rantau Panjang. Contoh2nya Tok Syeikh Che Ahmad Badr, Tok Syeikh Che Putih, Tok Syeikh Che Dollah dan ramai lagi.
ReplyDeleteWalaupun kita buang gelaran . Darah yang mengalir dalam tubuh kita tetap darah keturunan
ReplyDelete