Monday 15 March 2010

Pertubuhan Raja Jembal Mahu Kesan Anggota Kerabat

Pertubuhan Raja Jembal Mahu Kesan Anggota Kerabat

KOTA BAHARU, 5 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) sedang menjejaki anggota kerabatnya di seluruh negara khususnya yang telah berhijrah akibat peristwa angin kencang pada 1880.

Setiausaha Agungnya, Tengku Mohamad Norhamzah Engku Husin langkah itu bertujuan untuk merapatkan silaturrahim kekeluargaan.

Sunday 14 March 2010

Hijrah keturunan Syed Hussein Jamadil Kubra.

Semua orang keturunan Syed di Nusantara adalah dari keturunan Syed Hussein Jamadil Kubra. Sebelum kedatangan beliau kepulauan Melayu masih lagi menganut agama Hindu terutama di Jawa. Di Tanah Melayu juga sama. Dalam catatan Ibnu Batutta apabila beliau mengadap Che Siti Wang Kembang, raja yang memerintah di Kuala Krai, Kelantan (dicatat dalam catatannya sebagai Kilu Krai), pada tahun 1345 beliau menyebut raja perempuan itu bernama Urduga atau panggilan hariannya Che Siti Wan Kembang. Ibnu mencatatkan bahawa raja perempuan itu pandai menunggang kuda dan memanah, pandai menulis dalam tulisan Arab tetapi rakyatnya menyembah berhala. Syed Hussen Jamadil Kubra bersama satu anak dan lima adiknyalah kumpulan pertama pendakwah yang sampai ke Kepulauan Melayu dari Malabar, India. Ayah Syed Hussein berketurunan Arab ialah gebenor di Malabar.

Tuesday 9 March 2010

Larangan Makan Rebung Buluh dan Ikan Kekacang

Mungkin kerabat diraja jembal pernah mendengar larangan memakan ikan kekacang dan rebung buluh. Banyak cerita dan kisah didengari mengenai larangan ini namun yang manakah benar akan kepantang yang telah dilarang kepada anak cucu cicitnya.

Kisah Pertama

Kerajaan Jembal ini bermula dari seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja bersiong yang telah singgah di Kota Jembal. Raja bersiong ini dikatakan telah membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian.

Wan dan Nik (Kelantan)

Kerajaan Melaka menakluk negeri Kelantan pada tahun 1499 dan berkahwin dengan salah seorang Puteri Sultan Kelantan, yakni ibu kepada Sultan Muzaffar Shah (Perak) dan Sultan Alauddin Shah (Sultan Johor Lama).

Sebelum ditakluk Melaka, Negeri Kelantan pada masa itu digelar Majapahit II. Semasa zaman Kerajaan Majapahit, Kelantan menjadi sebahagian dari kuasa Majapahit dan menjadi pusat penyebaran budaya Jawa di sebalah utara. Pusat pentadbiran Majapahit pula di selatan iaitu di Pulau Jawa sendiri. Semasa Melaka serang Kelantan kali pertama, Melaka mengalami kekalahan oleh kerana barisan parajurit Kelantan dibantu oleh barisan parajurit Majapahit yang dipimpin oleh Pateh Gajah Mada. Selepas pemergian Pateh Gajah Mada kuasa Majapahit diambang kejatuhan dan masa inilah kesempatan diambil oleh Melaka untuk menakluk Kelantan.

Monday 8 March 2010

Sunday 7 March 2010

Friday 5 March 2010

Perhimpunan Kerabat diRaja Jembal ke 2

Seminar Putera-Puteri Jembal Kali Ke-2 , 2010

Cadangan mengadakan Seminar Putera-Puteri Jembal Kali Ke 2, 2010.

PKRJK dalam rancangan untuk mengadakan satu seminar sehari Putera-Puteri Jembal seperti mana berikut:-

SULTAN Kelantan, Sultan Ismail Petra mempunyai darah keturunan Raja Jembal.

KBDYMM AL SULTAN KELANTAN

Lokasi Kota Jembal,Kelantan Darul Naim

"Gelaran Kerabat Diraja Jembal"

Kepada mereka yang memakai gelaran seperti Tengku,Raja,Nik,Che,Ku,Tuan dan Wan.

Mungkin anda tertanya kenapa gelaran berbeza-beza walhal datang dari keluarga yang sama.
Disini saya ingin berkongsi sebar sedikit mengenai gelaran ini. Ini adalah cerita dari orang kelantan dan sumber yang saya dapati dari pelbagai sumber. Sila ambil perhatian!!!

Tengku adalah yang kita sedia maklum sinonim dengan keluarga diraja. Susur galur mereka tidak terputus. Kemungkinan besar mereka dari susur galur pemerintah kelantan sekarang. Ada juga gelaran Tengku datang dari raja pattani yang dilahirkan disana.

Warisan Raja Jembal

AImarhum Haji Nik Mat bin Raja Banjar adalah daripada keturunan Raja Jembal yang memerintah negeri Kelantan dalam kurun ke- 16.

Keturunan Raja Jembal ini masih ramai lagi di negeri Kelantan, terutama sekali di Kedai Lalat, Pulau Melaka dan beberapa buah kampung lain di dalam jajahan Kota Baharu.

Sejarah Raja Jembal telah ditulis oleh Almarhum Dato' Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud bin Nik Ismail (ayah Dato' Ahmad Nik Kamil) sebelum Perang Dunia Kedua.

Buku sejarah Raja Jembal yang ditulisnya itu telah dijadikan buku bacaan ilmu tawarikh bagi sekolah-sekolah Melayu di Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua.

Uzbek Kings And Kelantan Royals

The royal house of Kelantan is known to have intermarried with Chinese royalty and Champa royalty from Vietnam.

It also intermarried with Uzbek (Mongol) royalty of India.

Specifically the Tughluq dynasty which ruled India from Delhi for a decade from 1321 and its relative noble families, all of them from Attila The Hun’s Uzbek royals in Uzbekistan.

The Kelantan royals received their Uzbek (Mongol) infusion courtesy of nobles and royals of the Madurai Sultanate, an offshoot of the Tughluq Sultanate.

KISAH: Nik, Wan, Tengku, Ku, Engku, Che – Maghi Ambo Bakit Asal

Tajuk: Nik, Wan, Tengku, Ku, Engku, Che Sila Beri Perhatian Pada Asal Keturunan Kamu!!!

Oleh: Mohammad Omar , S.Th.I

Untuk saudara ambo dari bangsawan Kelantan-Patani dan Terengganu khasnya sila beri perhatian pada asal keturunan kamu, termasuk dalam titih bako wan, nik, che, tengku , engku dan raja, khasnya yang ada titih Patani-Kelate termasuk juga wan-wan di Terenganu yang bertitih asal dari Patani.

Untuk perhatian kamu hok banso wan semua, saranan ambo bukanlah untuk bersohor kita berdarah banso wan, jauh sekali nak bermegah takabur, tidak sekali-kali!!, ambo tulis ini cuma nak bagi ingatan pada kita semua yang berbanso wan, ingatan anok beranok oghe kato, ambo bui so dua contoh pengalaman saya:

Wan, Nik And Che

Wan is a title inherited by the issue of a male Wan. Typically found in Kelantan, Kedah and Terengganu. In Kedah, Wan is the title used by descendants of certain former chief ministers of the state, e.g. the descendants of Wan Mohd Saman. Wan can also be used as the title for a girl's name, but this is uncommon, e.g. Wan Azizah Wan Ismail. Wan can also be found in Sarawak, and is somehow related to the state's Syed lineage. A female issue of Wan carries the title Sharifah. A Wan may later claim the title Tuanku. This, however can only be done after he gets the approval of the elders and is considered as matured enough to carry the title. The change is only eligible for those who inherit the name Wan from their family line. The issue of a Sharifah does not carry a title if he/she has a non-Wan father.

Nik is a title inherited by the issue of a male Nik. It is typically found in Kelantan and Terengganu.

Che is a title inherited by the issue of a male Che descendants and were also used by some Malay nobles in ancient time. Certain lineage of Raja Jembal descendants also uses the Che title. However the Che title can also be passed down from a descendant of a female Nik and non-Nik male. The Che title is commonly found in Kelantan and Terengganu.
 

“Che”, a surname originated from Champa?

Chế Bồng Nga, Che Bunga, or Binasuor ruled Champa from 1360 - 1390 CE. Bunga is the Malay word for ‘flower’, and “Chế” is the Vietnamese transliteration of Sri, a Sanskrit title of veneration often preceding the name of a Cham nobleman. After the conquest of Champa, the Vietnamese assigned the surname “Chế” to all persons of Cham origin. Also known as The Red King, Che Bong Nga was the last strong king of the kingdom of Champa. In Vietnamese stories he is called The Red King. Chế Bồng Nga apparently managed to unite the Cham lands under his rule and by 1372 he was strong enough to attack Vietnam from the sea. Under the great general, Cham forces raided the Vietnamese city of Thang Long twice, in 1371 and 1378. The Chams forced the king of Dai Viet to move the statues at his ancestors’ tombs at Thang Long to the modern Hai Duong province in 1381. Following these victories, Che Bong Nga threatened to retake all of the lost Cham territories. Additionally, he threatened to take the two southern Vietnamese provinces of Nghe An and Thanh Hoa. At the time, Champa posed a real threat to the existence of the late Tran Dynasty in Dai Viet. The Vietnamese therefore fled from them, and Vietnamese commanders, including Ho Quy Ly, future founder of the Ho Dynasty, frequently drew back when facing them in combat. In 1383, the Chams even laid siege to the Vietnamese capital of Thang Long (now Hanoi) for six months. Che Bong Nga died in 1390, repordtly in a naval battle with the Vietnamese. The events of Che Bong Nga’s reign and invasion of Vietnam spelled the end of the Tran Dynasty in Vietnam, which was revealed as weak and ineffective in the face of the Cham General.

Source:

1.^ (Vietnam, Trials and Tribulations of a Nation D. R. SarDesai, ppg 33-34, 1988)
2.^ Tana, Li. Nguyẽ̂N Cochinchina: Southern Vietnam in the Seventeenth and Eighteenth Centuries. SEAP Publications.

Kaitan Antara Syed Hussien Jamadil Kubra dengan keturunannya di Kelantan

Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADA BUKU SEJARAH DI SEKOLAH.

1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.
2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.
3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.
4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.
5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.
6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik, Che dan Wan.
7. Beliau ketua Wali 7.
8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa

WATAK DAN PERWATAKAN CHE SITI WAN KEMBANG

YM Paduka Che Siti Wan Kembang

(Kertas Kerja ini dibentangkan sempena Wacana bersama USIM)

MUQADDIMAH

1. Dalam membicarakan tentang Che Siti Wan Kembang terlebih dahulu kami ingin memperbetulkan sedikit tentang nama peribadi baginda. Mengikut apa yang difahamkan daripada gelaran sebenar keturunan kami ialah terdapat seperti berikut: Nik, Tuan, Raja, Wan, Che , Che Ku Long, Wan, Che Wan dan Nang ada juga Tan.Lazimnya Cik digunakan kepada kaum Perempuan yang belum lagi berkahwin manakala Encik pula adalah gelaran kepada kaum Lelaki. Dengan itu kami telah bersepakat bahawa nama sebenar ialah ; Che Siti Wan Kembang, bukannya Cik Siti Wan Kembang. Dalam pertengahan Abad 12, Kerajaan Seri Vijaya bertukar menjadi Islam dan Rajanya bergelar Sultan. Dari rangkaian ini datangnya Sultan Ahmad, hasil perkahwinan dengan Che Banun Puteri Seri maharaja maka lahirlah Che Siti Wan Kembang seorang Raja Perempuan pada zaman dahulu bersemayam di Gunung Cinta Wangsa. Pada masa yang sama disebelah timur diperintah oleh Raja Sakti (Raja Jembal) Sultan Ahmad mangkat ketika Che Siti Wan Kembang berumur 4 tahun. Pemerintahannya dipangku oleh Sultan Husin sepupu bondanya. Apabila Sultan Husin mangkat, ditabalkan Che Siti Wan Kembang menjadi Raja (1610-1677m)

Raja Jembal dan Wali Songo



Salasilah Kesultanan Kelantan

Salasilah Diraja Kelantan

PUTERI SAADONG

PUTERI SAADONG BERAKHIR DI BUKIT MARAK.

Pemerintahan Puteri Saadong dikatakan berakhir pada kira-kira menjelang kurun ke-18, di akhir-akhir pemerintahan baginda tidak langsung disebut baik mana-mana juga buku sejarah, bahkan cerita-cerita lisan dari penduduk-penduduk negeri Kelantan pun tidak didapati, puas juga saya menjelajah keseluruh negeri Kelantan, ke Kampung-kampung yang jauh di pendalaman dan pernah juga saya menajalankan kajian di bukit Marak yang dikatakan tempat akhir sekali Puteri Saadong bersemayam tidak saya temui bahan-bahan yang boleh menolong mengesan lingkaran sejarahnya yang berikut.

Dengan berakhirnya pemerintahan Raja Abdul Rahim yang menggantikan pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai dan juga pemerintahan Puteri Saadong di Bukit Marak maka muncul semula pemerintahan di Jembal, iaitu pemerintahan Sultan umar (Raja Umar), baginda ini ialah adik kepada Raja Loyor, dan pangkat bapa saudara pula kepada Puteri Saadong.

Pemerintahan baginda ini dikatakan bermula pada tahun 1675, baginda mempunyai beberapa orang putera dan puteri, putera sulung baginda bernama Raja kecil Solong yang dirajakan di Kota Teras (di Kampung Teras dekat Kampung Mentuan), seorang lagi putera baginda bernama Raja Ngah atau dipanggil juga Raja Hudang memerintah di Tebing Tinggi Pusaran Buah (Kampung Tanjung Chat), seorang puteri Sultan Umar bernama Raja Pah telah berkahwin pula dengan Tuan Besar Long Bahar seorang putera raja yang datang dari Patani (dalam negeri Thai).

Mengenai Tuan Besar Long Bahar pula menurut Ringkasan Cetera Kelantan yang ditulis oleh Datuk Paduka Raja Kelantan Nik Mahmud bin Ismail adalah putera Wan Daim ataudisebut juga Datuk Pangkalan Tua, raja dari negeri Petani yang zuriatnya berasal dari keturunan anak-anak Raja Bugis bernama Paqih Ali.

Tuan Besar Long Bahar mempunyai beberapa orang saudara iaitu Tuan Solong Kelantan, Tuan Senik Genting dan Datuk Pasir Petani. Oleh kerana terjadinya perselisihan keluarga maka Tuan Besar Long Bahar telah merantau ke Negeri Kelantan dengan membawa bersama seorang putera yang bernama Long Sulaiman, dan di Kelantan Long Besar berkahwin pula dengan Raja Pah puteri Sultan Umar, kemudian Tuan Besar Long Bahar berpindah membuka sebuah tempat yang diberi nama Kota Kubang Labu (dalam Wakaf Baru sekarang).

Dalam tahun 1721 Sultan Umar telah mangkat dan baginda inilah juga yang disebut atau digelar raja Udang yang mana makamnya terdapat masa ini didalam kawasan sawah padi kira&127;&127;&127;&127;-kira dua rantai jauhnya dari sekolah Rendah Kebangsaan Kedai Lalat, begitu juga dengan Raja Bahar kekanda baginda yang memerintah Jembal yang mangkat pada tahun 1675 yang digelar raja ekor yang makamnya terdapat sekarang ini dikampung Tok kambing, Mukim Sering dekat Kota Bharu.

Dengan kemangkatan Sultan umar makam putera sulung baginda yang bernama Raja Kecil Solong yang sedang memerintah di Kota Teras tidak mahu mengambil alih pemerintahan di Jembal dari ayahndanya, dan dengan persetujuan baginda jugalah lalu diangkat adik iparnya iaitu Tuan Besar Long Bahar menjadi raja di Jembal, dan dengan itu Kota Kubang Labu diserahkan kepada pemerintahan putera baginda yang bernama Long Sulaiman, putera ini ialah dari isteri baginda di Patani.

Apabila pemerintahan Jembal dan juga pemerintahan di Kota Kubang Labu terserah kepada pemerintahan Tuan Besar Long Bahar dan putera baginda maka berakhirlah satu peringkat pemerintahan yang berasal dari zuriat Raja sakti yang memerintah Jembal, dan pada peringkat ini pula maka zuriat keturunan dari Tuan Besar Long Baharlah yang memerintah Jembal juga Kota Kubang Labu keturunan dari Tuan Besar Long Bahar ini jugalah asalnya raja-raja yang memerintah Negeri Kelantan hingga sekarang ini.

Dalam tahun 1977 dan seterusnya hingga tahun-tahun yang kemudian saya telah menjalankan kajian dibeberapa tempat disekitar Kedai Lalat yang letaknya kira-kira 7 batu dari bandar Kota Bharu, di kampung tersebut terletaknyamakam-makam Raja Loyor , iaitu ayahnda Puteri Saadong, menurut cerita dari penduduk-penduduk kampung sekitar yang saya dapati bahawa pada suatu ketika dulu terdapat beberapa orang siam yang datang untuk mengorek makam tersebut, kononya orang siam tersebut bermimpi bahawa didalam makam tersebut terdapat sebilah keris yang dianggap keramat atau mempunyai kuasa ghaib, begitu juga saya diberitahu pernah disuatu ketika ada orang-orang mencuri serpihan batu nisannya yang dibuat dari batu marmar, beberapa hari kemudian serpihan itu dipulangkan semula, menurut orang yang mengambil serpihan tersebut bahawa ia sering diganggu mimpi yang menakutkan.

Makam Raja Udang atau Sultan Umar mempunyai beberapa kepercayaan pula, makam ini terletak tidak jauh dari Masjid Kedai Lalat, waktu saya melawat ke makam tersebut saya dapati ada sebuah batu besar yang disebut batu hampar terletak berdekatan dengan makam tersebut, orang kampung disekitar ada yang percaya batu tersebut mempunyai kuasa-kuasa ghaib, batu tersebut sepanjang tiga kaki dan lebarnya lebih kurang dua kaki, tebalnya kira-kira enam inci (6 inci), tidak sesiapa yang berani mengambil batu tersebut walaupun pada hemah saya batu tersebut sangat baik dibuat tempat membasuh kain baju, saya percaya batu tersebut digunakan untuk membuat binaan makam, boleh jadi kerana besarnya tidak mencukupi maka lalu ditinggal begitu saja.

Saya juga telah melawat sebuah makam lagi di Kampung Tok Kambing iaitu kira-kira sebatu jauhnya dari Kedai Lalat, makam tersebut ialah dikenali sebagai makam Raja Ekor atau Raja Bahar, makam ini terdapat binaan yang dibuat dari batu pejal, sungguh menarik kerana terdapat ukiran yang terpahat, ukiran tersebut menggambarkan seekor burung (boleh jadi Burung Bangau) sangat menghairankan saya kerana biasanya perkuburan islam tidak menggambarkan benda-benda hidup saperti haiwan-haiwan.

Pahat yang berbentuk burung biasanya mempunyai pengaruh-pengaruh dari utara terutama dari Negeri China (meliputi negeri-negeri di Indo-China), adakah Raja Ekor ini seorang raja yang berasal dari Indo-China ataupun boleh jadi batu makam tersebut sengaja ditempa di Chempa (Republik Khamer) yang waktu di zaman dulu adalah pernah menjadi sebuah kerajaan yang umat islam dan pengaruh islam. Inilah satu perkara yng ahli-ahli penyelidik harus menjalankan pula satu kajian yang lebih mendalam, seelok-eloknya meninjau pula kenegri-negeri di Indo-China untuk melihat makam-makam Islam di zaman dulu yang banyak terdapat di negara tersebut, dapatlah dibuat perbandingan dengan makam-makam raja-raja Jembal yang terdapat di Kelantan terutama makam Raja Ekor yang masih menjadi mesteri.

PUTERI SAADONG BUNUH SUAMI KERANA CEMBURU.

Catitan Ibnu Batutah tentang negeri yang disebut Kilu-Kerai itu kurang jelas, baik tentang letak negeri tersebut dan juga gaya pemerintahan Raja Perempuan yang disebut Urd-uja itu, ialah satu perkara yang sangat rumit dapat dikesan oleh pakar-pakar sejarah.

Dengan keterangan yang sebegitu sedikit maka kita tidaklah boleh memberi kata putus bahawa Kilu-Kerai itulah yang sebenarnya Kuala Kerai yang terdapat di Negeri Kelantan sekarang ini, walau bagaimanapun perkara ini boleh diselesaikan jika sekiranya ada pakar-pakar sejarah yang betul-betul menjalankan penyelidikan khas mengenai perkara tersebut.

Dari beberapa keterangan yang diperolehi yakni berdasarkan dari hikayat-hikayat lama dan juga lain-lain catitan sejarah, adalah Negeri Kelantan telah wujud pemerintahan beraja yang berteraskan agama Islam pada kira-kira awal kurun ke 15, dikatakan raja yang mula-mula memerintah Kelantan yang dapat dikesan ialah Maharaja K'Umar atau disebut juga Raja K'Umar, pemerintahan baginda adalah sekitar tahun masehi 1411, tidak diketahui dimana letaknya pusat pemerintahan baginda, sesetengah ahli sejarah tempatan percaya pusat pemerintahan baginda terletak di Pulau Sabar, iaitu sebuah pulau yang terletak di tengah sungai Kelantan berhampiran dengan Kampung laut, pulau tersebut pada masa ini telah tenggelam.

Selepas pemerintahan K'Umar muncul pula pemerintahan Sultan Iskandar, pemerintahan baginda berakhir pada tahun 1465 masehi kerana dibinasakan oleh Angkatan Perang Siam (Thai), kononnya baginda dan lebih 100,000 rakyat Kelantan telah dapat ditawan dan dibawa kenegeri Siam, tidaklah diketahui tentang nasib raja tersebut adakah baginda mangkat di Siam atau juga dihantar pulang ke Kelantan.

Kira-kira pada tahun masehi 1477 sebuah angkatan perang dari Melaka yang diperintah oleh Sultan Mahmud telah datang menyerang dan mengalahkan Kelantan, Sultan Mansur iaitu Sultan Kelantan telah dapat ditawan, begitu juga ditawan ketiga-tiga puteri baginda iaitu Puteri Unang Kening, Cubak dan Cuban. Puteri Unang Kening yang paling jelita itu kemudian diperisterikan oleh Sultan Mahmud Shah, maka setelah Sultan Mansur Shah mengaku tunduk kepada pemerintahan Melaka lalu baginda diangkat semula menjadi sultan Kelantan, sejak itu negeri Kelantan dikira sebagai jajahan takluk Melaka.

Sultan mansur Shah mangkat pada kira-kira tahun masehi 1526, putera baginda yang bernama Raja Gombak telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bersemayam di Pulau sabar juga, dalam tahun 1548 Raja Gombak telah mangkat dengan tidak meningggalkan zuriat, oleh itu anak saudara baginda yang bernama Raja Ahmad telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bergelar Sultan Ahmad, menurut beberapa punca sejarah Sultan Ahmad ini mempunyai seorang puteri yang sangat jelita yang bernama Puteri Cik Wan Kembang, dan sewaktu Sultan Ahmad mangkat puteri ini masih kecil lagi, lalu dil;antik aeorang anak raja dari Johor yang bernama Raja Husain memangku raja dengan bergelar Sultan Husain.

Sultan Husain yang memerintah kelantan itu dikatakan mangkat pada tahun 1610, dengan itu lalu dilantik Cik wan Kembang menjadi pemerintah Kelantan. Raja perempuan Kelantan ini dikatakan berpindah dari Pulau Sabar ke sebuah tempat yang sangat jauh di pendalaman iaitu Gunung Cinta Wangsa (terletak kira-kira 27 batu ke tenggara Kuala Kerai).

GANJIL

Mengapa baginda berpindah begitu jauh dari tebing sungai Kelantan adalah satu perkara yang sungguh ganjil, biasanya pemerintahan raja-raja di zaman dahulu adalah memilih tempat-tempat yang berhampiran dengan sungai, kerana sungailah yang menjadi jalan dan perhubungan yang penting ketika itu.

Harus jugalah pada fikiran raja perempuan itu bahawa tempat tersebut lebih selamat dan tenteram dari apa juga gangguan luar, terutama sekali gangguan dari pemerintahan Siam yang dianggap kuasa yang teragung ketika itu.

Dalam jangka yang sama di zaman pemerintahan Che Wan Kembang, atau pada pedagang-pedagang bangsa Arab disebut Che Siti (Che Siti wan Kembang), maka di Negeri Kelantan telah wujud sebuah lagi pemerintahan beraja yang berpusat di Jembal (Kedai lalat sekarang iaitu kira-kira 6 batu dari bandar Kota Bharu). raja yang memerintah disitu bernama Raja Loyor putera Raja Sakti yang berasal dari Kedah.

Ada sesetengah ahli sejarah tempatan berpendapat yang Raja Loyor berkahwin dengan Namng Cayang yang dikatakan seoarang raja perempuan Pattani yang melarikan diri ke Kelantan, dari perkahwinan itu mereka beroleh seorang puteri yang diberi&127; nama Puteri Saadong, Puteri Saadong inilah yang kemudiannya diambil oleh Che Siti Wan Kembang menjadi anak angkatnya, kerana baginda sendiri tidak mempunyai anak. Puteri Saadong pula berkahwin denban sepupunya yang bernama Raja Abdullah, kemudian Raja Abdullah telah dilantik menjadi raja di tempat yang bernama Cetak (dalam Jajahan Pasir Mas). Tidak lama di situ Raja Abdullah berpindah pula bersemayam di Kota Mahligai (dalam Daerah Melor sekarang).

Setelah Raja Abdullah dan Puteri Saadong berkerajaan di Kota Mahligai, maka Che Siti Wan Kembang pun balik semula bersemayam di Gunung Ayam, setelah itu tidak lagi didapati cerita tentang Che Siti Wan Kembang adakah baginda berpindah ke tempat lain atau mangkat di tempat tersebut.

Memanglah satu perkara yang sukar untuk mengesantentang kedudukan tempat semayam Che Siti Wan Kembang yang sebenarnya, kerana di negeri Kelantan terdapatdua buah gunung yang bernama Gunung Ayam, sebuah terletak kira-kira 17 batu ke barat Gua Musang, gunung tersebut setinggi 2,945 kaki, terletak pula terlalu jauh dirimba yang sangat sukar dijalankan penyelidikan, sebuah lagi Gunung Ayam terletak dekat dengan sempadan negeri Terengganu iaitu kira-kira 15 batu ke timur laut Kuala Kerai, gunung tersebut setinggi 2,674 kaki, terletaknya pula jauh jauh ke dalam rimba. Gunung Ayam yang mana satu menjadi tempat dan pusat pemerintahan CheSiti Wan Kembang.

Waktu saya melawat makam Tuan Tabal atau nama batang tubuhnya Tuan haji Abdul samad bin Muhammad, seorang tokoh pengembang agama Islam yang terkenal di negeri Kelantan, yang meninggal dunia pada tahun 1891 dan dan dimakamkan di perkuburan Banggul, jalan ke Pantai Cahaya Bulan (Pantai Cinta Berahi), saya juga telah diberitahu oleh Encik Nik Abdul Rahman bin Nik Dir yang memandu saya ke makam tersebut bahawa tidak berapa jauh dari makam Tuan Tabal itu terdapat sebuah makam lama yang sangat cantik dibina dari batu pejal serta berukir pula, makam tersebut orang-orang Banggul menyebut Makam Che Siti, saya juga telah makam tersebut, kesimpulannya dari kajian saya tidak syak lagi makam tersebut adalah sebuah makam lama dari seorang perempuan yang dari keturunan raja-raja atau orang-orang besar juga, dan seni ukir pada binaan makamnya menggambarkan seni ukir yang hampir persamaannya dengan makam-makam di jembal dan juga makam-makam di permakaman DiRaja Langgar, adakah ini yang sebenarnya makam Che Siti Wan Kembang adalah satu perkara yang sangat menarik dan perlu dibuat kajian yang lebih teliti.

NISAN

Berdasarkan tanah perkuburan Banggul saya yakin adalah satu tanah perkuburan yang sangat lama, mungkin tanah perkuburan tersebut telah digunakan beratus-ratus tahun lampau, di perkuburan Banggul itu juga akan memperlihatkan kepada kita berbagai-bagai jenis bentuk batu nisan yang ganjil-ganjil serta ada pula yang berukir dan bertulis ayat-ayat Quiran yang sangat cantik dan menarik.

Dengan berakhirnya pemerintahan Che Siti Wan Kembang yang tidak dapat dikesan di akhir pemerintahannya, maka muncullah pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai.

Pemerintahan Raja Abdullah berakhir pada tahun 1671 iaitu apabila baginda mangkat dibunuh oleh isterinya Puteri Saadong, lalu Puteri Saadong melantik pula Raja Rahim anak Raja Abdullah merajai Kota Mahligai. Tidak lama setelah Raja Rahim memerintah baginda kemudian dibunuh pula oleh rakyatnya di tepi tasik Lelayang Mandi. Dengan kemangkatan Raja Rahim maka berakhirlah pemerintahan beraja di Kota Mahligai.

Konon menurut cerita Puteri Saadong telah lama ditawan dan di bawa ke Siam (Thailand) iaitu ketika tentera-tentera Siam datang melanggar Kelantan waktu mereka mula-mula berkahwin dan bersemayam di Kota Mahligai, selepas beberapa tahun Puteri Saadong di Siam, baginda di hantar balik ke Kelantan. Alangkah terkejutnya Puteri Saadong bila mendapati yang suaminya Raja Abdullah telah berkahwin lain, maka dari punca itulh berlakunya pertengkaran dan berakhir kemangkatan Raja Abdullah dengan tikaman pacak sanggul isterinya.


Sumber:

Oleh : N A Halim (Muzium Negara)

Petikan : Mingguan Malaysia 28hb.Okt.1979

Raja Jembal

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Raja Jembal adalah salah sebuah institusi beraja yang memerintah Kelantan pada abad ke-17 dan ke-18. Pusat pemerintahannya ialah di Jembal iaitu di Kedai Lalat sekarang. Sehingga kini pun masih ada saki-baki keturunan raja Jembal di beberapa kampung berhampiran Kedai Lalat. YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah salah seorang kerabat raja Jembal.

Mengikut satu dongeng sejarah, kerajaan ini ada kaitan dengan Raja Bersiung dari Kedah, yang membawa diri ke Kelantan (tentunya selepas peristiwa minum darah di Kedah).Semasa berada di Jembal, baginda memelihara dua orang anak angkat - seorang lelaki yang dinamaï baginda Raja Sakti, dan seorang perempuan yang dinamaï baginda Puteri Mani Kemenyan. Apabila kedua-duanya dewasa, mereka dikahwinkan baginda. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka memperoleh 4 orang putera dan 3 orang puteri, iaitu Raja Loyor, Raja Bahar, Raja Umar, Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melur, dan Puteri Cempaka Bongsu.

Raja Sakti adalah raja pertama kerajaan Jembal, iaitu mulaï 1638.Baginda kemudiannya melantik putera baginda, Raja Loyor sebagai pengganti baginda kelak, manakala Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Umar sebagai Temenggung, dan Raja Sungai sebagai Raja Muda.

Sebagai maklumat tambahan, serentak dengan ini juga terdapat sebuah kerajaan lagi di Hulu Kelantan di bawah pemerintahan Che Siti Wan Kembang (1610 - 1667). Melaka pula di ambang peralihan dari Feringgi kepada Belanda (1741). Jauh di utara semenanjung, Kerajaan Ayuthia memerintah Siam di bawah Raja Prasat Thong (1630 - 1656) dan Raja Narai (1656 - 1709). Patani pula diperintah oleh raja-raja perempuan seperti Raja Ungu (1624 - 1635) dan Raja Kuning (1635 - 1688). Selepas pemerintahan Raja Kuning inilah Patani mulaï merosot dan menjadi rebutan di kalangan bendahara yang dipanggil datu (atau disalah sebut sebagai datuk). Datu Pengkalan Tua iaitu bapa kepada Long Bahar atau Long Besar yang kemudiannya memerintah Jembal, adalah salah seorang daripada datu Patani.[6]

Kerajaan Jembal berakhir pada 1720-an apabila Raja Kecil Sulung putera Raja Umar (ketika itu Sultan Umar) menyerahkan takhta kerajaan kepada iparnya Long Bahar atau Long Besar anak Datu Pengkalan Tua dari Patani tadi.

JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH

Ringkasan Sejarah Kerabat Raja Jembal Kelantan

Pengenalan

•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;

*Raja Adiluddin (Raja Loyar)
*Raja Bahar (Raja Udang)
*Raja Omar (Raja Ekok)
*Raja Sungai
*Puteri Sayu Bari
*Puteri Unang Melor
*Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Che Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Che Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Che Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).
•Che Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Che Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar

•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;

*Tuan Sulong (Long Sulong)
*Tuan Senik (Long Senik)
*Tuan Besar (Long Bahar)

•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat

•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong

•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah

•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.

Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal

•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan, Che,Wan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’